S Vinothaa
Seorang warga emas menemui P Prabakaran ketika calon Pakatan Harapan (PB) di Batu, Kuala Lumpur, turun padang berkempen.
Dia mahu meminta “nasihat” siapa yang akan dipilihnya dalam pilihan raya umum, Sabtu ini.
Bagaimanapun, sebelum perbualan mereka tamat, wanita dari Taman Wahyu itu akhirnya menjawab soalannya sendiri–dia akan mengundi untuk menukar kerajaan.
"Aiya, kenapalah (Chua) buat perangai macam ni? Payahlah kita nanti?
“Chua bertanding lagi, tak tahulah macam mana sekarang,” keluh penduduk yang tidak mahu namanya dikenali, tetapi memberitahu Prabakaran bahawa Chua adalah rakan keluargannya.
"Tapi kalau nak tukar perdana menteri, kami pasti akan mengundi PH," katanya lagi ketika Prabakaran menjelaskan bahawa ia bukan persaingan individu tetapi kolektif untuk perubahan.
Kekeliruan itu tidak melibatkan wanita itu saja.
Ia berpunca apabila pagi hari penamaan calon, 5 Nov, Chua, bekas ahli parlimen dua penggal Batu dari 2008 hingga 2018 itu menentang calon PH Prabakaran.
Malah, akhbar Cina melaporkan Chua memberitahu mereka: “Satu undi untuk saya, satu undi untuk PH”.
Chua bertindak demikian walaupun presiden PKR Anwar Ibrahim telah pun mengingatkan bahawa mana-mana anggota yang bertanding melawan calon PH akan dipecat secara automatik daripada parti.
Walaupun tindakan Chua itu membingungkan sesetengah pengundi, Prabakaran yakin undi mereka tidak akan terpengaruh kerana sedar tentang pergolakan antara Chua dan PKR.
Ketika turun padang di Taman Wahyu, penduduk kelihatan mengalu-alukan Prabakaran, anggota parlimen muda sepenggal itu.
Mereka memegang bendera PH dan memakai baju parti itu. Penduduk juga berswafoto dengannya.
Sementara pengunjung lain kedai kopi itu pula membangkitkan isu kesesakan jalan raya di kawasan itu supaya diselesaikan segera.
Pada PRU14, sebanyak 68 peratus undi di Taman Wahyu, kawasan majoriti Cina yang berjiran dengan Kepong, dimenangi Prabakaran.
"Dia (Prabakaran) yang gantikan lelaki Cina itu (Chua)," kata seorang pekerja pembinaan kepada rakannya, selepas Prabakaran bertanya khabar kepada mereka dan meninggalkan risalahnya.
Sementara itu, seorang pekerja yang sedang bersarapan di sebuah kedai kopi di Taman Wahyu berkata dia memang mengenali “lelaki itu” cuma tidak mengingati namanya.
Walaupun Batu adalah daerah mengundi isterinya dan dia berasal dari Kelantan.
Dia bagaimanapun berkata tidak terhutang budi apa pun dengan Chua walaupun mengenalinya dengan baik.
Dia memberitahu bahawa pasangannya telah memutuskan untuk mengundi PH.
Batu akan menyaksikan pertembungan paling ramai dengan 10 penjuru. Ia juga ditandingi oleh individu menarik seperti Siti Kasim dan Cleopatra.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan