FMT Reporters
PETALING JAYA: Najib Razak menafikan sekeras-kerasnya dakwaan mengatakan akan “dibebaskan segera” menerusi pengampunan diraja sekiranya Barisan Nasional (BN) menang, pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).
Peguam Najib, Shafee Abdullah, berkata bekas perdana menteri itu menzahirkan rasa yang amat kecewa terhadap penggunaan namanya dalam propaganda politik tidak berasas biarpun sudah dipenjarakan.
“Anak guam kami ingin menafikan sekerasnya dakwaan-dakwaan ini,” kata Shafee dalam kenyataan.
“Anak guam kami secara konsisten sejak permulaan perbicaraannya pada 2018, mahu dibebaskan melalui proses kehakiman di mahkamah kerana bukan sahaja beliau mahu mendapatkan kebebasan, tetapi membuktikan integriti dan legasinya.”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan