"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

'Sembelih kafir harbi' - Tidak, tidak, tidak, kata pemimpin PN

Isabelle Leong

Dua pemimpin tertinggi Perikatan Nasional menjarakkan diri mereka daripada kenyataan yang dibuat pelakon Zul Huzaim baru-baru ini yang menyatakan hasratnya untuk sembelih "khafir harbi" di Malaysia.

Bercakap kepada pemberita di Tambun, Perak malam tadi Ketua Perikatan Nasional Perak Ahmad Faizal Azumu berkata dia tidak “merelakan” kenyataan sedemikian.

"Tidak, tidak, tidak, kami sebagai satu parti PN yang meliputi pelbagai bangsa. Kita hormati kehidupan beragama dan patut raikan perbezaan yang ada.

“Perkara itu mesti wajib kita, rakyat Malaysia pertahankan. Jadi saya tolak dan tidak boleh terima kenyataan sebegitu,” katanya.

Dia merujuk kepada penyebaran klip video yang menggambarkan selebriti Zul Huzaimy yang menyatakan terdapat dua jenis kafir - dhimmi dan harbi.

Walaupun kafir dhimmi harus dilindungi kerana mereka menyokong pemerintahan Islam, Zul Huzaimy berkata layanan yang sama tidak perlu diberikan kepada kafir harbi.

Katanya, hasratnya adalah untuk menyembelih kafir harbi dan hanya undang-undang yang menghalangnya daripada berbuat demikian.

"Yang harbi ni. Dok reti bahasa ni. Buat apa ni? Kalau saya ni, kalau ikut darah panah saya, hoh! Banyak dah saya sembelih. Sungguh. sama gak dengan saudara-saudara betul tak? Sebab kita pikir ada undang-undang di negara kita. Betul tak?” katanya.

Zul Huzaimy dipercayai membuat kenyataan itu semasa satu majlis di Kemaman, Terengganu pada 4 Nov.

Sementara itu, Pesuruhjaya PAS Kedah Muhammad Sanusi Md Nor turut menolak kenyataan berkenaan pada majlis sama di Tambun malam tadi dengan menjarakkan Zul Huzaimy dengan PAS.

“Zul Huzaimy saya tak kenal. Tak boleh, dia bukan mewakili PAS. Bahaya cakap macam itu tahu. Boleh (kena) tangkap tahu,” katanya.

Untuk membuktikan pendiriannya bahawa PAS tidak memaksa bukan Islam mengikut undang-undang Islam, Sanusi menunjuk kepada 32 tahun pemerintahan parti itu di Kelantan.

“Kelantan PAS perintah 32 tahun, tiada sesiapun jadi apalah. Semua hidup dengan aman damai, tak ada satu orang pun, malah dipaksa bersunat.

“Nak kata suruh masuk Islam, sunat pun tak paksa. 32 tahun, kita dah buktikan itu. Awak jangan takut, Kedah tiga tahun tak ada pasal. Ini semua isu saja la. Zul Huzaimy tu siapa? Sampai sekarang saya belum kenal,” katanya.

Setelah diberitahu bahawaZul Huzaimy adalah seorang pelakon dan ahli Lembaga Pengarah Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara), Sanusi berkata, pelakon itu tidak sepatutnya dikaitkan dengan PAS.

“Pelakon? Pelakon awak janganlah kaitkan dengan PAS. Dia bukan pemimpin, dia bukan ahli PAS pun. Saya tahu dia bukan ahli PAS, bukan pemimpin PAS.

“Saya pun tak berani bercakap untuk pihak PAS, yang bagi cakap pihak PAS presiden PAS, setiausaha PAS.

“Saya cakap dalam bidang saya, pilihan raya, thats all, dasar semua ni kena presiden PAS dan setiausaha agung. Dasar penting, kena tengok perlembagaan, isu besar tengok muktamar. Itu PAS punya cara pentadbiran,” katanya.

Tiada ulasan: