"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pas bayar lebih RM2 juta sejak 2016 akibat kalah saman fitnah, ini senarai 16 fitnah yang dikeluarkan Pas

SITI NUR ZAWANI MISCON

Dalam tempoh enam tahun sejak 2016 hingga kini (2022), Pas menunjukkan prestasi agak buruk apabila sudah lebih 10 kali parti Islam itu terbukti memfitnah parti lawan dan kalah saman fitnah dalam pengadilan di mahkamah.

Pampasan fitnah yang perlu dibayar Pas jika dijumlahkan nilainya sehingga kini sebanyak RM2,080,150.

Antara senarai fitnah Pas seperti dikongsi laman Facebook Apa Kata Orang:

1) 22 JUN 2016 – Pulau Pinang dituduh melarang azan | Shaharuddin Ibrahim | YDP Pas

Yang Dipertua Pas Padang Serai kemudian memohon maaf kepada DAP kerana fitnah DAP larang azan di Pulau Pinang.

Sumber: Isu larangan azan: YDP PAS mohon maaf pada DAP

2) 17 JAN 2016 – Projek rundingan terus Pulau Pinang | Nasrudin Tantatawi | Ahli Majlis Syura Pas & Ketua Penerangan

Ketua Penerangan Pas, Ustaz Nasrudin Tantatawi mohon maaf kepada Lim Guan Eng kerana memfitnah projek rundingan terus Penang dan perlu membayar ganti rugi RM10,000.

Sumber: Guan Eng, Nasharuddin selesai kes luar mahkamah

3) 26 JAN 2017 – Khalid Samad dituduh sokong penjualan arak | Hasan Ali | ADUN Pas

Hasan Ali diarah oleh mahkamah untuk membayar RM200,000 kepada YB Khalid Samad kerana memfitnah kononnya Khalid Samad menentang hukum syarak dan menyokong penjualan arak.

Sumber: Kes saman fitnah Khalid Samad selesai

4) 26 JUN 2018 – Husam seleweng tanah | Masri Che Yusoff | Ahli Dewan Ulama Pas

Ahli Dewan Ulama Pas, Che Masri kalah saman fitnah terhadap Husam Musa berhubung tuduhan seleweng tanah.

Sumber: Seleweng tanah: Husam menang saman fitnah, jumlah ganti rugi belum ditentukan

5) 7 SEP 2018 – Menuduh Mahfuz Omar menerima dana Umno | Herman Samsudeen | Cybertrooper Pas

Cybertrooper Pas, Herman Samsudeen memohon maaf dalam mahkamah kerana memfitnah Datuk Mahfuz menerima dana Umno.

Sumber: Mahfuz fail saman terhadap Herman, tuntut gantirugi RM500 ribu

Sumber: Helman mohon maaf kepada Mahfuz kerana fitnah

6) 1 FEB 2019 – Pas didakwa terima dana RM90 juta dari BN | Hadi Awang | Presiden Pas

Abdul Hadi memfailkan saman fitnah terhadap Rewcastle Brown di Mahkamah Tinggi London pada 21 April 2017 berhubung laporan Sarawak Report pada 6 Ogos 2016 yang mendakwa Presiden Pas itu menerima dana RM90 juta sebagai usaha menarik sokongan parti itu menyokong Barisan Nasional (BN) dan Umno.

Hadi kemudian menarik balik kes itu dan diselesaikan di luar mahkamah dengan Hadi membayar RM1.4 juta kepada Rewcastle Brown.

Sumber: Cek Hadi Awang kepada Clare tulen – peguam

7) 12 MAC 2019 – Wan Azizah dituduh sokong LGBT | Rozi Muhamad | ADUN Pas

Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Tendong, Rozi Muhamad tampil memohon maaf secara terbuka selepas memuat naik tangkap layar berita palsu di Facebook yang memetik Timbalan Perdana Menteri, Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Sumber: Adun Pas mohon maaf lepas sebar berita palsu fitnah TPM

8) 26 JUN 2019 – Husam didakwa kononnya terima dana DAP dan tauke judi | Wan Zawawi | CEO Kumpulan Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan

Wan Zawawi Wan Ismail (Pas) kalah saman kerana memfitnah Husam Musa terima duit DAP dan tauke judi. Pemfitnah merupakan Ahli Lajnah Politik dan Pilihan Raya Pas Kelantan semasa tuduhan dibuat

Sumber: Fitnah Husam terima dana DAP: Mahkamah arah Zawawi bayar RM200,000

9) 2 SEP 2019 – Khalid dituduh meluluskan pesta Gay | Wan Asshima | Gerakan Muslimah Pas

Muslimah Pas Wan Asshima terpaksa memohon maaf kepada YB Khalid Samad kerana memfitnah meluluskan pesta Gay. YB Khalid tekad teruskan saman

Sumber: GMIM mohon maaf, kes saman fitnah Khalid Samad selesai

10) 21 NOV 2019 – Fitnah Mujahid tunggangan DAP | Dr Kamarul Zaman Yusof | Pensyarah UUM

Tuntutan saman fitnah Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa yang ketika itu Menteri di Jabatan Perdana Menteri, terhadap pensyarah Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Kamarul Zaman Yusof diselesaikan secara baik di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Dr Kamarul Zaman Yusof memohon maaf kerana memfitnah Dr Mujahid Yusof Rawa sebagai kuda tunggangan DAP

Sumber: Kes saman fitnah selesai, Kamarul Zaman mohon maaf kepada Mujahid

11) 3 FEB 2020 – Nizar sokong konsep negara Sekular | Razman Zakaria | Pesuruhjaya Pas Perak

Pada 3 Februari 2020, Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria diperintahkan oleh mahkamah membayar RM254,150 kepada bekas Menteri besar Perak, Nizar Jamaludin kerana memfitnah melalui kenyataan yang disiarkan akhbar Sinar Harian bertarikh 2 Jun 2015 melalui rencana bertajuk “Pendekatan Nizar mirip Dap”.

Sumber: Rayuan ditolak, Razman tetap kena bayar pada Nizar RM200,000

12) 26 FEB 2020 – “DAP anti-islam” | Syarhan Humaizi | Ketua Pemuda Pas Selangor

26 Februari 2020, Ketua Pemuda Pas Selangor, Syarhan Humaizi pula diperintahkan bayar oleh mahkamah RM80,000 kepada wakil rakyat DAP, Teresa Kok Suh Sim kerana fitnah anti-Islam melalui akaun Facebook pada 2019.

Sumber: Teresa menang saman terhadap Ketua Pemuda Pas Selangor, peroleh ganti rugi RM80,000

13) 9 JUL 2020 – Menuduh Paulsen menghasut membenci Islam | Mohamed Hafiz | Ketua Pemuda Pas Pulau Pinang

Mahkamah persekutuan mengarahkan bekas ketua Pemuda Pas Pulau Pinang, Ustaz Mohamed Hafiz Mohamed membayar ganti rugi RM100,000 kepada peguam Eric Paulsen kerana menfitnah berhubung penerbitan satu artikel berjudul ‘Jangan biar Eric Paulsen bebas tanpa perbicaraan’.

Sumber: Bekas ketua Pemuda PAS P Pinang diarah bayar RM100,000 pada peguam

14) 8 NOV 2021- Pemindahan Sport Toto di Pokok Sena | Sanusi Md Nor | Menteri Besar Kedah

November 2021, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, membayar ganti rugi RM50,000 kepada Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Seri Mahfuz Omar, berhubung kenyataan fitnah melalui hantaran Facebook.

Pada 9 Oktober 2019, Mahfuz memfailkan saman itu berdasarkan hantaran yang dibuat oleh Muhammad Sanusi dalam akaun Facebook pada 30 Julai 2019, yang mengaitkan Mahfuz selaku wakil rakyat bagi kawasan Pokok Sena dalam isu pemindahan Sport Toto ke kawasan itu.

Sumber: Mahkamah perintah MB Kedah bayar RM65,000 kepada Mahfuz, minta maaf juga

15) 30 AUG 2022 – Aset Tabung Haji dijual kepada orang bukan Islam | Ahmad Dusuki | AJK Dewan Ulama Pas

September 2022, bekas ahli jawatankuasa Dewan Ulama Pas, Ahmad Dusuki Abd Rani perlu membayar kos sebanyak RM11,000 kepada Ahli Parlimen Parit Buntar, Mujahid Yusof Rawa apabila mahkamah menolak saman fitnah Dusuki.

Saman fitnah oleh Dusuki difailkan rentetan ciapan Mujahid pada 22 Nov 20202 selepas tersebarnya video ceramah Ahmad Dusuki yang mendakwa aset TH dijual kepada orang bukan Islam.

Sumber: Dr Mujahid menang saman fitnah, ulama Pas Dusuki Rani diperintah bayar kos RM11,000

Sumber: Mahkamah tolak saman fitnah RM1 juta Ahmad Dusuki terhadap Hazmi

16) 11 NOV 2022 – Undi BN/PH Masuk Neraka | Mohd. Shahiful Mhd. Nasir | Ketua Pemuda Pas Kawasan Sik

Dalam satu ceramah, Shahiful telah mengeluarkan kenyataan pengundi Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) akan masuk neraka.

Selepas dikecam, beliau menarik balik kenyataan itu dan memohon maaf.

Tiada ulasan: