"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Suri rumah ditemui tergantung pada kipas

NOR SHAFAWATI YUP

SURI rumah ditemukan tergantung di kipas dalam kejadian di Taman Semaya Iringan Bayu di sini hari ini.

SEREMBAN – Seorang suri rumah ditemui mati dalam keadaan tergantung pada kipas di sebuah rumah di Taman Semaya Iringan Bayu di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, dalam kejadian pada pukul 8.05 pagi itu, mangsa seorang wanita berusia 25 tahun ditemui tergantung di kipas dalam keadaan tidak sedarkan.

“Pihak polis telah bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima laporan polis yang daripada suami mangsa.

“Mangsa seorang suri rumah sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak perempuan berusia dua tahun,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut Nanda, ketika kejadian mangsa tinggal bersama suami manakala anak perempuannya berada di rumah keluarga mangsa.

“Setakat ini, motif kejadian masih dalam siasatan pihak polis dan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut,” katanya.-KOSMO! ONLINE

Tiada ulasan: