"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Bom disangka manisan meletup dalam mulut

AFP

New Delhi: Seorang lelaki maut selepas bom buatan sendiri yang dibuat menjadi manisan tradisional India meletup di dalam mulutnya, menurut polis, pada Jumaat.

Peranti berbahaya itu lazimnya digunakan sesetengah komuniti luar bandar untuk membunuh babi hutan dengan memasukkan serbuk letupan ke dalam bebola doh.

Bagaimanapun, bentuknya menyerupai rasgulla, sejenis manisan tradisional India berbentuk bulat, lembut dan direndam dalam sirap gula yang biasanya dimakan sebiji tanpa dipotong.

Mangsa, Rajendra Barautiya, 35, sedang berkumpul bersama beberapa penduduk berhampiran unggun api di daerah Dindori, negeri Madhya Pradesh, tengah India, pada Selasa lalu.

Seorang penduduk kampung kemudian membawa objek menyerupai manisan itu sebelum seorang lagi memberikannya kepada mangsa.

Pegawai polis, Rekha Singh, berkata bom yang digunakan sesetengah penduduk suku kaum di kawasan itu untuk membunuh babi hutan meletup ketika berada di dalam mulut mangsa.

Mangsa dikejarkan ke hospital dengan kecederaan parah, namun meninggal dunia.

Dua lelaki ditahan dan didakwa atas kesalahan menyebabkan kematian tanpa niat membunuh.

Singh berkata, pihaknya masih menyiasat sama ada kejadian itu bermotifkan pembunuhan atau sekadar perbuatan nakal.

Tiada ulasan: