"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Lelaki hisap vape dalam komuter ditahan, 15 katrij disyaki dadah dirampas

Amira Suraini Che Mohamad
ARAU: Seorang lelaki ditahan selepas menghisap vape dalam tren komuter dari Sungai Petani ke Arau sebelum polis menemui 15 katrij berisi cecair disyaki mengandungi dadah jenis MDMA dalam beg miliknya, Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Ahmad Mohsin Md Rodi berkata, suspek berusia 22 tahun itu ditahan anggota polis bantuan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) sebaik tren tiba di Stesen Arau, sebelum diserahkan kepada polis pada jam 8.40 malam untuk tindakan lanjut.

Pemeriksaan lanjut terhadap beg kertas putih milik suspek menemukan katrij berkenaan dengan anggaran berat keseluruhan 0.75 gram.

“Suspek turut mengaku barang kes itu miliknya dan mendakwa mendapat bekalan daripada seorang lelaki dikenali sebagai Anil di kawasan Tepi Jalan Taman Arkid, Sungai Petani.

“Bagaimanapun, ujian saringan air kencingnya negatif dan semakan mendapati suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau,” katanya ketika dihubungi Buletin TV3.

Ahmad Mohsin berkata, nilai rampasan dianggarkan RM1,500.

Suspek direman selama empat hari bermula semalam hingga 22 November bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Tiada ulasan: