"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

KJ tak mungkin sertai Bersatu

Shahrul Shahabudin

PETALING JAYA: Bekas Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin tidak mungkin menerima pelawaan Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin untuk menyertai parti itu, menurut seorang penganalisis politik.

Azmil Tayeb dari Universiti Sains Malaysia berkata cara Khairy yang reformis tidak sesuai dengan apa yang disebutnya sebagai agenda “ultra-konservatif” Perikatan Nasional dan Bersatu.

Beliau berkata Khairy setia kepada Umno dan masih boleh mencari jalan kembali ke parti yang diwakilinya dalam empat pilihan raya umum.

“Khairy masih muda dan dia mempunyai masa untuk mengubah Umno (jika dia kembali kepada Umno),” kata Azmil kepada FMT.

Bagaimanapun katanya, sekiranya Khairy akhirnya menyertai Bersatu, beliau harus diletakkan di kerusi bandar dan separa bandar, kerana beliau akan dapat menarik minat pengundi kelas bandar dan menengah.

“Bersatu boleh meletakkan Khairy di kawasan seperti Sungai Buloh, sama seperti pada pilihan raya umum lalu kerana kemenangan (di kawasan ini) akan menjadi bonus kepada parti,” katanya.

Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin pada Rabu berkata parti itu boleh menawarkan Khairy kerusi dalam Majlis Pimpinan Tertingginya sekiranya bekas Ahli Parlimen Rembau itu memutuskan untuk menyertai Bersatu.

Muhyiddin, yang juga pengerusi PN, berkata terdapat dua kekosongan jawatan dalam majlis itu dan pelawaan kepada Khairy telah dibincangkan dengan pemimpin parti lain.

Semasa pilihan raya umum November 2022, Khairy telah menamakan dirinya sebagai “reformis Umno”, dengan mendakwa parti itu telah hilang arah dan mesti “kembali ke pangkal jalan”.

Bekas menteri itu berkata beliau mahu menjadikan Umno sebagai parti yang boleh dibanggakan orang Melayu semula.

Beliau tewas dalam pertandingan kerusi Sungai Buloh, yang disifatkan sebagai kubu kuat Pakatan Harapan, kepada R Ramanan dari PKR dengan 2,693 undi.

Pada Januari, Khairy dipecat daripada Umno kerana melanggar disiplin parti semasa pilihan raya.

Antarabangsa Singapura berkata penyertaan Khairy akan mengukuhkan asas sokongan parti dan menyuntik harapan baharu dalam kalangan ahli parti, menggalakkan mereka meneruskan perjuangan mereka dengan parti.

Bagaimanapun, beliau menjangkakan sebilangan besar penyokong Khairy akan meninggalkannya sekiranya beliau menyertai Bersatu, yang bersekutu dengan PAS dalam PN.

“Penyokong (Khairy), atau setidak-tidaknya penyokong terdahulu, cenderung mempunyai pemikiran reformis dan progresif. Jika Khairy menyertai Bersatu, saya rasa beliau akan kehilangan penyokong itu,” kata Oh.

Tiada ulasan: