"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Exco: Cuba anjur ‘pesta seks’, JAINJ diarah bertindak

FMT Reporters
Poster yang tular di Twitter sebelum ini menguarkan acara itu akan diadakan pada 20 Jun.
PETALING JAYA: Kerajaan Johor mengarahkan Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) mengambil tindakan segera dan menjalankan siasatan susulan tular satu poster “Gang Bang JB Party”, dijadual diadakan pada 20 Jun.

Exco Hal Ehwal Agama Islam negeri, Mohd Fared Mohd Khalid memohon kerjasama semua pihak supaya tidak menganjurkan sebarang program yang mendorong orang ramai melakukan kegiatan tidak bermoral.

“Jangan cuba berkelaku dengan perangai buruk di Johor, mengajak orang melakukan maksiat terang-terangan dan tidak bermoral.

“Saya bagi amaran. Demi Allah saya tak akan benarkan ia berlaku di Johor. Semua mesti bantu mencegah dan menghalang kegiatan tak bermoral ini,” katanya di Facebook.

Terdahulu, tular di Twitter sebuah poster bertajuk ‘Gang Bang JB Party’ yang dijadual diadakan di bandar raya itu pada 20 Jun dari 4 petang hingga 9 malam.

Program itu dikatakan terbuka untuk semua kaum, namun peserta tidak dibenarkan mengambil gambar atau merakam sebarang video.

Disember lalu, JAINJ berjaya menggagalkan penganjuran pesta buih di kolam renang sebuah di hotel bandar raya itu selepas menerima aduan orang awam susulan jemputan ke parti tertutup itu tular di media sosial.

Tiada ulasan: