"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Enggan diceraikan, isteri nekad kerat kemalua

WAN SITI AMINAH

Terlalu larut dengan emosi, seorang isteri sanggup mengerat kemaluan suaminya sendiri selepas lelaki itu mengugut mahu menceraikannya.

Difahamkan, kejadian ngeri itu berlaku sekitar pukul 4.30 pagi (waktu tempatan) ketika mangsa sedang nyenyak tidur.

Pasangan itu baharu sahaja mendirikan rumah tangga pada tahun lalu ketika mangsa berusia 19 tahun manakala isterinya berumur 33 tahun.

Ketua Polis Wilayah Kota Solo, Iwan Saktiadi berkata, kejadian itu berlaku pada Selasa lalu dalam sebuah hotel di Solo, Jawa Tengah, Indonesia.

“Saat korban tertidur nyenyak, sekitar pukul 04.30 pagi, Selasa, pelaku mengambil sebilah pisau cutter dan langsung memegang kemaluan korban.

“(Pelaku) memotongnya hingga luka lalu korban terbangun dan berteriak,” kata Iwan yang memaklumkan bahawa lelaki itu sempat menerima rawatan di hospital.

Rentetan daripada pergaduhan mulut, pasangan yang berkahwin tanpa restu keluarga itu mulanya berselisih faham sehari sebelum kejadian.

Mengugut mahu menceraikan isterinya, pasangan itu kemudian kembali berdamai dan tidur bersama di hotel berkenaan.

Susulan kejadian, suspek telah ditahan reman dan bahan bukti telah diserahkan kepada Unit Siasatan Jenayah Polis Solo untuk siasatan lanjut.

Tiada ulasan: