"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Warga emas maut di hotel selepas telan pil Viagra

KOSMO!

Mayat mangsa ditemui di atas katil oleh pekerja hotel. - ThaiRath
BANGKOK – Seorang lelaki berusia 62 tahun meninggal dunia selepas mengambil separuh pil Viagra ketika menginap di sebuah hotel di wilayah Suphan Buri, Thailand, lapor laman berita Thaiger semalam.

Seorang wanita yang berada di dalam bilik hotel bersama lelaki tersebut telah melarikan diri selepas mangsa tidak bernyawa.

Mayat lelaki itu ditemui dalam keadaan bogel di atas katil oleh seorang kakitangan hotel petang semalam sebelum melaporkan kejadian itu di Balai Polis Tung Kork.

Polis menemui sekotak kondom dan setengah pil Viagra yang belum ditelan di sisi mayat lelaki itu. Motosikal mangsa dan barangan lain masih berada di lokasi kejadian.

Salah seorang pekerja hotel berkata, lelaki itu menyewa bilik bersama seorang wanita pada pukul 4 petang (waktu tempatan) semalam selama sejam.

Pada pukul 5 petang (waktu tempatan), mayat lelaki itu ditemui ketika pekerja mengunjungi bilik tersebut untuk memberitahu bahawa masa sewaan mereka sudah  tamat. 

Polis menyimpulkan bahawa mangsa mengatur pertemuan dengan pekerja seks tersebut dan menelan pil Viagra sebelum berintiman.

Wanita itu didakwa melarikan diri kerana takut dituduh atas kesalahan membunuh.

Mayat lelaki itu telah dihantar untuk bedah siasat dan polis akan memanggil wanita itu untuk soal siasat.  – Agensi

Tiada ulasan: