"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Wow!!! aset KWSP cecah RM1 trilion

KWSP jadi agensi paling kaya di Malaysia, aset cecah RM1 trilion
KIM SYAZIE

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menjadi agensi paling kaya di negara ini selepas aset milik badan persaraan itu mencecah RM1 trilion.

“Ini agensi yang paling kaya di negara kita,” kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan.

Beliau berkata, aset tersebut meliputi dua bidang pelaburan termasuk pelaburan hartanah yang membabitkan aset-aset di dalam negara dan juga luar negara.

“Bagi pelaburan dalam negara, ia mencecah RM11 bilion meliputi bangunan KWSP di ibu pejabat dan negeri-negeri

.“Di luar negara pula, pelaburan hartanah KWSP berjumlah RM30 bilion iaitu separuh daripadanya berada di United Kingdom termasuk hartanah tersebar projek Bettersea yang telah siap dan ikonik di negara berkenaan.

“Setakat ini kita cukup menjaga pelaburan-pelaburan ini termasuk pelaburan yang berisiko tinggi,” katanya di Dewan Rakyat semalam.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan daripada Jimmy Puah Wee Tse (PH-Tebrau) yang mahu kerajaan menyatakan peratus di pasaran domestik Malaysia.

Tiada ulasan: