"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kanak-kanak maut dibaham buaya

Hazsyah Abdul Rahman

Sandakan: Seorang kanak-kanak lelaki dibaham buaya di perairan Sungai Sumangat Payau, dekat sini, Selasa lalu.

Dalam kejadian kira-kira 8 pagi itu, mangsa, 12, dilaporkan sedang mencari siput sebelum tiba-tiba disambar buaya lalu hilang.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan, Severinus Sainkui berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 8.25 pagi daripada pihak polis.

Menurutnya sejurus itu, empat anggota dihantar ke lokasi berkenaan bagi menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR).

"Bagaimanapun pada 10.38 pagi mayat mangsa ditemui anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

"Mayat mangsa ditemui terapung satu batu nautika dari lokasi kanak-kanak berkenaan hilang.

"Susulan penemuan itu, mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, operasi SAR ditamatkan pada 12.40 tengah hari.

Tiada ulasan: