"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Ketua sindiket dadah Indonesia ditahan di Johor

Bernama

JAKARTA: Seorang lelaki dikenali sebagai Marno yang melarikan diri daripada polis Riau atas tuduhan mengedar dadah telah ditahan di Johor, lapor media Indonesia, pada Selasa.

Marno dipercayai mempunyai kaitan dengan kes rampasan dadah jenis methamphetamine seberat 411kg yang dirampas polis Riau.

“Sejumlah 62kg methamphetamine ditemukan bersama suspek ketika ditahan oleh polis Johor,” kata pengarah narkotik polis Riau, Yos Guntur.

Beliau menegaskan bahawa penahanan itu adalah bukti kerjasama erat antara polis Malaysia dan polis Riau dalam menangani sindiket pengedaran dadah rentas sempadan.

Polis Riau merampas 290kg methamphetamine semasa operasi awal tahun ini, termasuk 121kg methamphetamine pada 2022 yang dikaitkan dengan kumpulan pengedaran dadah Marno.

Tiada ulasan: