"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kepulan asap bawa penemuan mayat terbakar

FMT Reporters

PETALING JAYA: Satu mayat tanpa identiti ditemui susulan kepulan asap di tepi kebun berhampiran kandang lembu, dalam kejadian di Kampung Sungai Limau, Sungai Besar, Sabak Bernam.

Penemuan mayat itu disedari orang awam sekitar 7 pagi tadi.

Ketua Polis Sabak Bernam Agus Salim Mohd Alias, berkata pihaknya bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima maklumat itu bagi menjalankan siasatan.

Katanya, polis setakat ini masih menjalankan siasatan menyeluruh mengenai penemuan mayat berkenaan.

“Justeru, semua pihak dinasihatkan tidak membuat sebarang andaian berhubung motif kejadian itu.

“Kita juga meminta orang awam tidak menyebarkan sebarang spekulasi kerana siasatan masih dijalankan,” katanya menurut Kosmo.

Agus berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta tampil ke IPD Sabak Bernam bagi membantu siasatan.

“Selain itu, mereka yang kehilangan ahli keluarga atau tidak pulang ke rumah juga dinasihatkan tampil membuat laporan polis,” katanya.

Tiada ulasan: