"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Anwar: Majlis Raja-Raja beri kebenaran bersyarat bukan Islam guna kalimah ‘Allah’

'Ainin Wan Salleh

PETALING JAYA: Perdana Menteri Anwar Ibrahim menafikan dakwaan Putrajaya tidak merujuk Majlis Raja-Raja sebelum menarik balik rayuan terhadap keputusan mengenai hak seorang wanita Sarawak menggunakan kalimah “Allah” dalam pembelajaran agamanya.

Anwar berkata, perkara itu dirujuk kepada Yang di-Pertuan Agong, yang kemudian meminta kerajaan memastikan semua harus terikat dengan keputusan Majlis Raja-Raja Melayu, iaitu “Allah” tidak boleh digunakan oleh bukan Islam di Semenanjung, dan kelonggaran diberikan kepada Sabah dan Sarawak.

Tiada ulasan: