"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Peserta demo pro-LGBT ditahan polis

Malaysiakini
story-image
Pihak polis menahan lapan individu kerana terbabit dalam perhimpunan di hadapan Kompleks Sogo di Kuala Lumpur pada Sabtu lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, mereka ditahan reman selama sehari bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan, Seksyen 14 Akta Kesalahan kecil 1955 dan Seksyen 9 (5) Akta Perhimpunan Aman 2012.

"Seramai 11 orang saksi telah diambil keterangan bagi membantu siasatan kes ini.

"Kertas siasatan ini akan dilengkapkan dan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya bagi arahan lanjut," katanya dalam kenyataan.

Justeru itu, Mohd Shuhaily menasihatkan orang awam supaya tidak terlibat dengan sebarang kesalahan yang melanggar undang-undang dan tindakan akan diambil kepada mana-mana pihak yang terlibat.
Terdahulu tular di media sosial video memaparkan sekumpulan lelaki berhimpun di hadapan pusat beli belah berkenaan dengan membawa sepanduk berkaitan LGBT dan ajaran agama Ahmadi.

Kumpulan itu memegang sepanduk antaranya bertulis “No one has the right to judge anyone but god” dan “Gay people are not criminals, Being gay is not a crime”.

Terdapat juga sepanduk dipegang bertulis ‘Ahmadi agama keamanan dan cahaya mengutuk diskriminasi dan kezaliman terhadap orang-orang LGBT di Malaysia’.

Untuk rekod, agama Ahmadi atau “Agama Keamanan Dan Cahaya” memiliki ajaran yang berbeza dengan agama Islam khususnya pegangan Ahli Sunnah Waljamaah.

Antaranya, seperti yang tertera dalam laman webnya, pengikut agama itu mempercayai Dua Belas Imam, Dua Belas Imam Mahdi dan reinkarinasi.

Agama itu juga percaya bahawa di setiap zaman ada seorang pemimpin yang dilantik sebagai wakil Tuhan yang maksum dan percaya kepada 'Kebenaran Sejagat’.

Bagaimanapun agama berkenaan adalah berbeza dengan ajaran Ahmadiyah di Malaysia.

Sementara itu, Kosmo! melaporkan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sedang dalam proses mendapatkan keterangan beberapa individu dikenal pasti terlibat dalam perhimpunan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) itu.

Pengarahnya, Mohd Ajib Ismail berkata, keterangan tersebut bertujuan untuk menyiasat dan mengambil tindakan selanjutnya bersama pihak polis.

Ujarnya, sebarang kesalahan yang berhubungan dengan akidah boleh dikenakan tindakan undang-undang dan hukuman di bawah Akta 559, Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997, jika sabit kesalahan.

Tiada ulasan: