"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

PRN: ‘Makan kenduri Umno, masuk neraka’

Predeep Nambiar

BUTTERWORTH: Seorang pemimpin Umno mendakwa guru agama dari PAS ada memberitahu pengundi supaya mengelak daripada makan kenduri dianjurkan Umno atau “masuk neraka”.

Timbalan Pengerusi Barisan Nasional Pulau Pinang, Shaik Hussein Mydin, berkata beliau mendengar sendiri dakwaan itu ketika hadir kenduri dibuat penduduk.

“Saya terkejut dan saya bagi tahu depa (penduduk), besok kita buat kenduri lagi besar. Kita bagi satu kampung makan,” katanya calon Sungai Dua itu dalam ceramahnya di Butterworth Arena.

Shaik Hussein berkata, ketika ditanya siapa yang membuat dakwaan seperti itu, beliau dimaklumkan seorang ustaz dari Tasek Gelugor.

Beliau berkata, penduduk kampung ketika mendengar dakwaan ustaz itu marah.

“…dan bukan di Kelantan di Sungai Dua dia (ustaz) cakap semalam,” katanya.

Kenyataan seumpama itu bukan kali pertama dibuat PAS.

Pada ceramah tahun lalu, Ketua Pemuda PAS Sik Shahiful Nasir memberi amaran pengundi “masuk api neraka” sekiranya memilih Barisan Nasional atau Pakatan Harapan, berbanding Perikatan Nasional, pada PRU15.

Beliau kemudian mengemukakan permohonan maaf, sambil mengakui kenyataan dibuat menyinggung ramai pihak.

Tiada ulasan: