"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Anwar ingatkan PAS: Malapetaka kalau kamu sentuh raja

Mohamad Fadli

KUALA PILAH: Anwar Ibrahim membidas tindakan PAS yang mengaitkan Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah seolah-olah menyokong parti itu.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) berkata, beliau tidak kisah dimaki setiap hari oleh pembangkang, tetapi tidak setuju jika mengaitkan dengan institusi raja.

“Tetapi, sebaik kamu sentuh raja-raja, memang kamu cari penyakit dan malapetaka,” katanya ketika berucap dalam jelajah perpaduan bersama perdana menteri peringkat DUN Kuala Pilah.

Terdahulu, Pejabat Sultan Perak membuat laporan polis berkenaan video yang mengolah kenyataan Sultan Nazrin, dipercayai untuk mempengaruhi pengundi menyokong PAS pada PRN enam negeri.

Pejabat itu berkata, pihak terbabit memilih “sebahagian kecil” titah Sultan Nazrin pada 2013, untuk video yang diolah dengan cara yang mengheret kedudukan seorang raja pemerintah untuk tujuan politik kepartian.

Dalam pada itu, Anwar berkata beliau tidak sama sekali bersimpati kepada pihak yang memainkan atau mengaitkan raja-raja Melayu.

Beliau berkata, pihaknya di dalam kerajaan perpaduan patuh kepada Perlembagaan.

“Jangan main pasal. Kamu boleh maki hamun perdana menteri hari-hari…sepuas hati kamu.

“Tapi itu hak kamu. Saya tak ambil tindakan melainkan kalau fitnah itu terlalu berat,” katanya.

Tiada ulasan: