"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

MP bodoh macam ini susah la, langsung tak fikir kesan kepada negara kalau kerap tukar kerajaan

Perlembagaan benarkan pelbagai kaedah tukar k’jaan - MP PAS
N Faizal Ghazali

Meskipun pilihan raya di enam negeri hanya melibatkan DUN untuk membentuk kerajaan negeri, Perikatan Nasional (PN) terus membawa naratif bahawa ia juga berkemungkinan membawa kepada pertukaran kerajaan persekutuan.

Ketua Pemuda PN Ahmad Fadhli Shaari berkata, ia tidak mustahil boleh berlaku dan perlembagaan negara membenarkannya melalui pelbagai kaedah.

Mengulas mengenai wujudnya gelombang sokongan kepada PN di Selangor, katanya, dapat dirasai suasana di Selangor kini sama seperti berlaku di Perlis dalam pilihan raya umum ke-15 (PRU15) lalu.

"Di Kelantan kita tak nampak sangat, sebab mungkin pengundi PH tak ada dan kurang di Kelantan. Tetapi kalau kita ke Selangor, suasana yang sangat mengejutkan, sokongan kepada kita betul-betul mantap.

"Tengok bagaimana gelombang datang kepada kita, penyokong-penyokong Umno tutup bilik gerakan, tutup cawangan masing-masing. Di Perlis kalau kita pergi (ketika itu) kita dapat rasai akan ada kerajaan baru, alhamdulillah betul-betul bertukar kerajaan Perlis.

"Pengundi PH (Selangor) walaupun mereka tak tunjuk secara zahir tetapi kita juga mendapat maklumat bahawa sebahagian daripada mereka mungkin tidak akan turun mengundi pada 12 Ogos nanti. Sebab itu kita lihat suasana di Selangor hari ini seperti mana suasana di Perlis semasa hadapi PRU lepas," katanya ketika berucap di program ceramah isu-isu semasa sempena PRN di Kok Lanas, Kota Bharu, di Kelantan, malam tadi.

Turut hadir Setiausaha Agung PN Hamzah Zainudin, bekas Ahli parlimen Ketereh Annuar Musa, calon PN bagi DUN Kok Lanas Mohamed Farid Zawawi dan calon PN DUN Kadok Azami Mohd Nor.

Sementara itu Ahmad Fadhli menambah, berdasarkan suasana di Selangor, sukar untuk dijangka adakah sokongan benar-benar akan berpihak kepada PN.

Namun, katanya, jika itu berlaku bukan saja rakyat Selangor akan mendapat menteri besar baru daripada PN sebaliknya tidak mustahil perdana menteri baru daripada gabungan itu juga akan mengangkat sumpah.

"Sekarang di Selangor pun lebih kurang (Perlis) suasananya, cuma disebabkan Selangor ini negerinya besar kita tak boleh nak jangka. Tapi jangan kita terkejut dalam PRN nanti Insya-Allah menteri besar baru akan angkat sumpah di Selangor ialah daripada PN.

"Dan tak mustahil tiba-tiba dalam masa yang sama perdana menteri yang baru akan angkat sumpah, ada yang kata nak bertukar macam mana? Ada banyak cara, banyak kaedah boleh dibuat. Perlembagaan benarkan banyak kaedah.

"Ahli-ahli parlimen Umno yang mana ada, siapa boleh tahu bahawa 10 ke, 15 ke 20 ke daripada mereka tiba-tiba boleh menukar sokongan. Pemimpin GPS (Gabungan Parti Sarawak) dan GRS (Gabungan Rakyat Sabah) tak hadir berkempen di semenanjung.

"Mereka datang tunjuk muka sebentar saja masa penamaan calon, semua itu memberikan isyarat bahawa sokongan terhadap kerajaan Anwar Ibrahim tidak akan kekal lama, isnya-Allah," dakwa Ahli Parlimen Pasir Mas itu.

Untuk rekod, Dewan Rakyat sebelum ini meluluskan pindaan perlembagaan berhubung tindakan melompat parti, menerusi Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) (No 3) 2022 dan Peruntukan Larangan Ahli Parlimen Bertukar Parti.

Dengan pindaan tersebut, ahli parlimen akan kehilangan kerusi jika mereka bertindak keluar parti atau tidak lagi menjadi ahlinya. Namun, ahli parlimen yang dibuang parti tidak akan hilang kerusi.

RUU itu diperkenal selepas ramai ahli parlimen bertindak melompat parti sejak selepas PRU ke-14 lalu dengan dengan rekod seramai 39 orang berbuat demikian.

Tiada ulasan: