"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Lelaki maut kena 8 das tembakan di Sibu

FMT Reporters

PETALING JAYA: Seorang lelaki maut selepas ditembak dengan lapan das tembakan di sebuah kebun di Batu 9, Jalan Tunku Abdul Rahman, Sibu, awal pagi tadi.

Dalam kejadian serangan hendap kira-kira 1.20 pagi itu, seorang rakan mangsa cedera parah di muka, manakala seorang terselamat kerana berjaya meloloskan diri masuk ke kawasan belukar berhampiran.

Ketua Polis Sibu Zulkipli Suhaili berkata kejadian berlaku selepas mangsa dan dua rakannya beredar selepas makan malam di kebun berkenaan di mana mereka secara ditembak dua suspek datang dari arah bukit berhampiran.

“Seorang daripada mereka melarikan diri ke arah belukar di lereng bukit berkenaan untuk menyelamatkan diri dan selepas setengah jam kemudian, lelaki itu keluar dari kawasan belukar terbabit menemukan mangsa maut,” katanya.

Mengulas sama ada motif kejadian berkait gengsterisme, Zulkipli berkata, ia masih dalam siasatan, namun mendedahkan mangsa terbunuh ada tiga rekod jenayah lampau.

Katanya, motif kejadian masih dalam siasatan dan polis menyiasat kes mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Tiada ulasan: