"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Video kait Sultan Perak dengan kepartian, keterangan wanita diambil

FMT Reporters

PETALING JAYA: Wanita disyaki mempunyai kaitan dengan penularan video mengait dan mengheret Sultan Perak Sultan Nazrin Shah bagi tujuan kepartian, diambil keterangan petang ini, kata Ketua Polis Negara Razarudin Husain.

Menurut Utusan Malaysia, Razarudin berkata keterangan wanita berusia 46 tahun itu diambil di Balai Polis Cyberjaya mulai 2.30 petang untuk siasatan laporan dibuat di Jalan Tun Razak berhubung penularan rakaman video berkenaan.

Menerusi video itu, seseorang dipercayai wanita yang juga pemimpin Muslimat PAS Melaka cuba mengetengahkan pandangan Sultan Perak terhadap PAS dalam klip video itu.

Pejabat Sultan Perak membuat laporan polis berkenaan video yang mengolah kenyataan Sultan Nazrin Shah, yang dipercayai untuk mempengaruhi pengundi agar menyokong PAS pada PRN enam negeri.

Pejabat itu berkata pihak terbabit memilih “sebahagian kecil” titah Sultan Nazrin pada 2013, untuk video yang diolah dengan cara yang telah mengheret kedudukan seorang raja pemerintah untuk tujuan politik kepartian.

“Sultan Nazrin Muizzuddin Shah tidak sama sekali memihak dan jauh sekali daripada memberikan sokongan secara terbuka kepada mana-mana kumpulan politik,” kata pejabat itu dalam kenyataan.

Pejabat Sultan Perak juga telah membuat laporan polis berhubung penyebaran video itu.

Tiada ulasan: