"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Sanusi: 'Saya tak pasti kekal MB atau tidak'

Noorazura Abdul Rahman
am@hmetro.com.my
MOHAMAD Khizri (kiri) dan Muhammad Sanusi berjalan keluar selepas selesai penamaan calon di Pejabat Daerah dan Tanah Sik hari ini. FOTO Syaharim Abidin
MOHAMAD Khizri (kiri) dan Muhammad Sanusi berjalan keluar selepas selesai penamaan calon di Pejabat Daerah dan Tanah Sik hari ini. FOTO Syaharim Abidin
Sik: Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor belum pasti dengan nasibnya sama ada akan kekal menjadi Menteri Besar atau akan diganti dengan wakil rakyat lain.

Muhammad Sanusi yang juga calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Jeneri berkata, pucuk pimpinan PN akan menentukan calon Menteri Besar Kedah sekiranya gabungan itu menang Pilihan Raya Negeri (PRN) 12 Ogos depan.

"Tak tau lagi (jadi menteri besar atau tidak) parti akan kemuka cadangan pada Tuanku (Sultan Kedah), terpulang kepada Tuanku," katanya ketika ditemui selepas pengumuman rasmi calon oleh Pegawai Pengurus Suruhanjaya Pilihan Raya DUN Jeneri, Mahamad Suhaimi Man di depan Pejabat Daerah dan Tanah Sik, di sini, hari ini.

Muhammad Sanusi bakal berdepan dengan calon Barisan Nasional (BN) Datuk Muhamad Khizri Abu Kassim yang juga Ketua Umno Bahagian Sik.

Mengulas lanjut, Ketua Pengarah Pilihan Raya PN itu berkata, beliau akan menjawab segala tuduhan dilemparkan pelbagai pihak ke atasnya yang didakwanya sengaja menimbulkan kontroversi.

"Kontroversi itu orang kata saja? Seminggu dua ini akan ada lagi serangan, saya akan jawab apa yang saya boleh… kalau tak boleh jawab saya serah kepada Allah.

"Kalau ada asas kita jawab," katanya.

Beliau juga yakin PN akan menang dua DUN bawah Parlimen Sik iaitu Jeneri dan Belantik.

"Saya harap penyokong yang telah memberi undi kepada PN dalam PRU-15 peringkat Parlimen akan kekal. Kalau ikut undi Parlimen dulu, Jeneri PN menang 10,000 majoriti…saya harap angka itu kekal," katanya.

Tiada ulasan: