"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Letak jawatan presiden BAM, Norza kata tiada kaitan ‘kemelut Misbun’

Bernama

KUALA LUMPUR: Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Norza Zakaria membuat keputusan mengejut apabila mengumumkan untuk meletak jawatan kerusi nombor satu badan induk itu hujung tahun ini.

Pengumuman itu menyaksikan Norza akan melepaskan jawatan lebih awal apabila beliau pada 15 Julai lalu mengumumkan akan meninggalkan BAM selepas Sukan Olimpik Paris 2024.

Norza berkata, beliau ketika ini sudah mempunyai beberapa calon berpotensi yang mampu menggalas tugas mengganti tempatnya menerajui BAM.

Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan calon dikenal pastinya untuk meneruskan legasi tampuk kepimpinan BAM.

“Saya sudah berbincang dengan beberapa pihak, individu berkenan mesti lebih baik daripada saya, memahami sukan dengan baik, cukup bersemangat untuk memegang jawatan presiden tanpa ganjaran.

“Calon berkenaan must berusaha gigih ke arah memenuhi harapan rakyat dan peminat badminton,” katanya pada sidang media.

Katanya, beliau juga sudah menyerahkan nama calon berpotensi untuk mengambil alih jawatannya kepada ahli majlis BAM.

Norza pada sama masa menjelaskan keputusannya tiada kaitan dengan kemelut melanda antara BAM dengan bekas pengarah kejurulatihan perseorangan remaja Akademi Badminton Malaysia (ABM) Misbun Sidek yang ditamatkan kontrak lebih awal susulan kegagalan di Kejohanan Remaja Asia di Yogyakarta, Indonesia, bulan lalu.

Tiada ulasan: