Agensi
Moscow: Seorang lelaki di Rusia ditahan kerana didakwa mengurung seorang wanita sebagai hamba seks selama 14 tahun di rumahnya di Chelyabinsk, barat negara itu, lapor New York Post.
Mangsa dikenali Ekaterina yang kini berusia 33 tahun, mendakwa dikurung sejak 2009 dan diperkosa lebih 1,000 kali.
Suspek, Vladimir Cheskidov, 51, juga didakwa membunuh seorang wanita lain di rumah sama, pada 2011.
Cheskidov ditahan selepas Ekaterina, melarikan diri dengan bantuan ibunya sebelum pergi ke balai polis.
Ekaterina memberitahu polis bahawa dia dibenarkan keluar dari bilik tidur untuk melakukan kerja rumah selain mendakwa berulang kali diseksa, juga dipukul dengan kejam kerana isu-isu kecil.
Polis menggeledah rumah satu tingkat Cheskidov di kampung Smolino dan menemui koleksi mainan seks dan cakera padat (CD) yang mengandungi video pornografi.
Cawangan tempatan Jawatankuasa Penyiasatan Rusia mengesahkan penemuan mayat manusia di ruang bawah tanah rumah itu.
Memetik pegawai penyiasat, Russia Today berkata bahawa Cheskidov bertemu Ekaterina yang ketika itu berumur 19, pada 2009 dan mengajaknya minum minuman alkohol di rumah yang didiaminya sebelum mengurungnya di sana sejak itu.
Chelyabinsk, barat Rusia. FOTO Telegram
Cheskidov menghidap penyakit mental dan selepas keadaannya semakin teruk, dia dibawa ke hospital tempatan dan ia memberi peluang kepada Ekaterina untuk melarikan diri dari rumah itu.
Ekaterina memberitahu polis bahawa Cheskidov membawa seorang lagi banduan wanita ke dalam rumah, yang dibunuhnya selepas mereka bergaduh pada 2011.
Berikutan itu, Cheskidov menghadapi tuduhan membunuh, merogol dan menculik. Lelaki itu kini ditempatkan di institusi mental dan diletakkan di bawah pengawasan polis.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan