"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Lepas dipinggir PAS, kempen Dominic Lau dibantu Zuraida

Malaysiakini
story-image
Di saat dia seperti dipinggirkan dalam program ceramah di Tasek Gelugor, Pulau Pinang malam tadi, program kempen Presiden Gerakan yang juga calon PN di Bayan Lepas, Dominic Lau mendapat sokongan bekas menteri Zuraida Kamaruddin.

Menurut rakaman video yang dimuat naik Sin Chew Daily di Facebook, bekas naib presiden PKR itu dilihat menemani Lau dalam satu kunjungan di pasar, pagi tadi.

Zuraida dilihat menyapa penjaja dan pengunjung dalam bahasa Mandarin, namun menerima sambutan hambar.

Pada satu ketika, Zuraida bertanya "ni hao ma (apa khabar)?" kepada penjaja dengan seorang penjaja didengar membalas "bu hao (tak baik)".

Rakaman itu diakhiri dengan Zuraida, Lau dan Pengerusi Gerakan Pulau Pinang Oh Tong Keong melaungkan "PN best" dan "yi ge ji hui (satu peluang)".

Keputusan Lau bertanding di DUN Bayan Lepas yang merupakan kerusi majoriti Melayu telah menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan penyokong PAS Pulau Pinang.

Ini kerana Setiausaha PAS Pulau Pinang Iszuree Ibrahim sebelum ini disebut-sebut sebagai calon di DUN tersebut.

Sebelum hari penamaan calon, ahli PAS Bayan Lepas telah mengugut untuk memboikotnya.

Semalam, Lau yang tetap hadir ke program Ceramah Mega PN Best walau tidak diundang dilaporkan telah diminta untuk meninggalkan pogram itu.

Malah, ketika pemimpin PN lain mengambil tempat di atas pentas, Lau bersama sekumpulan penyokong PN sekadar menunggu di tepi pentas.

Namun, Lau menafikan dia dihalau dan menjelaskan keberadaannya di sana adalah untuk berjumpa dengan Presiden PAS Abdul Hadi Awang.

Menurut Lau, dia sepatutnya berjumpa Hadi pada jam sembilan malam, namun ahli parlimen Marang itu hanya tiba di lokasi sekitar jam 10.30 malam dan mereka tidak sempat bercakap kerana ceramah sudah bermula.

"Apabila kami meninggalkan ceramah, hampir pukul 11 malam...Adalah tidak benar bahawa saya pada bila-bila masa diminta untuk pergi," katanya lagi.

Tiada ulasan: