"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Global: 6 maut kereta api rempuh van

Bernama

JAKARTA: Enam maut manakala dua lagi cedera apabila sebuah kereta api merempuh sebuah van di Jombang, Jawa Timur pada Sabtu.

Polis Jombang dalam satu kenyataan berkata mangsa yang maut di tempat kejadian itu terdiri daripada penumpang van.

Dua lagi penumpang van parah dan dikejarkan ke hospital tempatan.

Kemalangan berlaku kira-kira 11.15 malam waktu tempatan apabila van itu memandu melalui lintasan kereta api tanpa penghadang, di Kampung Jabon di Kilometer 85 antara Stesen Jombang-Sembung.

Siasatan awal menunjukkan pemandu van itu tidak mengendahkan amaran pengguna jalan raya lain, yang berulang kali meminta pemandu itu berhenti.

Kereta api yang dikendalikan PT Kereta Commuter Indonesia itu kemudian melanggar dan mengheret kereta itu sejauh kira-kira 100 meter

Tiada penumpang kereta api cedera dalam kemalangan itu, dan perkhidmatan kereta api beroperasi semula pada 11.25 malam.

Tiada ulasan: