"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Remaja perempuan ditangkap, curi buah, anak benih pokok sawit

NOR AINNA HAMZAH

JEMPOL: Lima individu termasuk seorang remaja perempuan berusia 17 tahun ditangkap polis berkaitan kes kecurian buah dan benih sawit di daerah ini. 

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Hoo Chang Hook berkata, suspek berusia 17 hingga 58 tahun itu berjaya ditangkap di Rompin, 19 Julai lalu.

Turut dirampas sebuah kenderaan pacuan empat roda yang berisi buah sawit di kawasan Felda Jelai.

“Hasil siasatan lanjut, suspek mengaku terlibat dalam kes kecurian berkenaan. Sehubungan itu, polis berjaya menyelesaikan dua kes kecurian anak benih pokok sawit serta satu kes kecurian buah sawit di Ladang Kok Foh.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan dan kertas siasatan telah dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya,” katanya kepada pemberita hari ini.

Ujar Chang Hook lagi, kesemua suspek akan dituduh di bawah Seksyen 411 Kanun Keseksaan (KK) iaitu memiliki harta curi dan Seksyen 414 KK iaitu menyembunyikan atau melupuskan harta curi.-UTUSAN.

Tiada ulasan: