"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Gabungan BN Dan PH sangat diperlukan untuk tewaskan Sanusi Di Jeneri

Faiz Zainudin

SIK: Calon Barisan Nasional Muhamad Khizri Abu Kassim akui undi penyokong gabungan itu tidak cukup untuk menumbangkan jaguh PAS di Sik, Sanusi Nor yang juga menteri besar Kedah.

Terletak di teras Kedah Darul Aman, DUN Jeneri yang merupakan kawasan majoriti Melayu sering bertukar tangan antara BN dan PAS.

Khizri ingin mengalahkan Sanusi tapi untuk mencerahkan peluangnya, beliau perlukan sokongan pesaing BN iaitu Pakatan Harapan.

Sekiranya undian kepada calon BN dan PKR pada PRU14 dicongak, ia mengatasi jumlah undi yang diperolehi Sanusi ketika itu. Sanusi menang dengan kelebihan 2,455 undi, apabila meraih 10,626 undi untuk menewaskan calon BN (8,171 undi) dan calon PKR (4,146).

Seramai 27,641 pengundi mengambil bahagian pada PRU14, manakala pada PRU15 kali ini, Jeneri melaporkan 35,097 pengundi berdaftar.

“Kalau PH dapat kekal 3,000 undi, kalau boleh tambah lagi bagus, maka kerja saya tak teruk sangat,” kata Khizri kepada FMT.

Khizri pernah memberitahu pemberita bahawa populariti Sanusi adalah kerana sosial media, memandangkan masih ada isu yang mencengkam daerah Sik, di mana terletaknya DUN Jeneri.

Beliau mengakui kepada FMT bahawa partinya masih lemah dari segi menguasai media sosial. “Saya sebagai ketua bahagian nak suruh ketua-ketua cawangan ‘like’ pun mereka tak tahu.”

Menurut Khizri, keputusan PRU15 bagi Parlimen Sik menyaksikan BN kalah lebih 10,000 undi di Jeneri.

“Saya letak dalam fikiran: kalah dalam tangan tapi menang tak mustahil dengan arus politik hari ini,” katanya.

DUN Jeneri menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara Khizri dan Sanusi.

Tiada ulasan: