"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Wow!! Terbaik tarbiah PAS: Calon (PN) DUN Bahau P Kumar pengerusi pusat tahfiz al-Quran?

PAS akui silap - P Kumar bukan pengerusi pusat tahfiz

PAS Negeri Sembilan tampil mengakui bahawa berlaku kesilapan pada profil calon Perikatan Nasional (PN) DUN Bahau, P Kumar yang dinyatakan sebagai pengerusi pusat tahfiz al-Quran.

Akhbar Sinar Harian memetik Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Rafiei Mustapha sebagai berkata, pihaknya telah mengarahkan semakan dan pembetulan dibuat segera bagi mengelakkan salah faham.

"Saya dapat maklumat daripada Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) pusat bahawa Kumar adalah penaja kepada sebuah pusat tahfiz di Sabah.

"Mungkin ada kekeliruan di situ. Tapi jika betul ada kesilapan, kita minta maaf kerana ia bukan disengajakan," katanya.

Sejak hari penamaan calon pada Sabtu lalu, poster Kumar menimbulkan keraguan orang ramai, khususnya warga maya yang mempersoalkan jawatannya sebagai pengerusi pusat tahfiz al-Quran.

Ini kerana, menurut mereka adalah mustahil orang bukan beragama Islam memegang jawatan tinggi dalam sebuah pusat tahfiz.

Mengulas lanjut, Rafiei, juga menolak dakwaan yang PAS cuba menipu profil calon.

"Semua maklumat dalam profil itu perlu dipastikan kesahihannya dulu. Tapi saya difahamkan yang beliau (Kumar) terus berkongsi di Facebooknya tanpa melalui proses semakan dahulu.

"Saya rasa hanya seorang sahaja profil calon kita yang berlaku kekeliruan dan jika anggap keseluruhannya begitu memang tak adillah bagi kita," katanya lagi.

Bagi PRN 12 Ogos ini, Kumar akan berdepan dengan calon Pakatan Harapan (PH) Teo Kok Seong dari DAP.

Teo memenangi kerusi Bahau sejak PRU14 lalu.

Tiada ulasan: