"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Bekas pengetua seleweng duit makan pelajar, dijel 50 tahun

Agensi
FOTO dikongsi The Nation menunjukkan menu makan tengah hari pelajar.
FOTO dikongsi The Nation menunjukkan menu makan tengah hari pelajar.
Bangkok: Seorang bekas pengetua sekolah di Nakhon Sawan dijatuhi hukuman penjara 50 tahun kerana menyalahgunakan wang peruntukan 596,000 baht (kira-kira RM75,370) yang sepatutnya diagihkan untuk makan tengah hari pelajarnya pada 2021.

The Nation melaporkan, Mahkamah Jenayah Bagi Kes Rasuah dan Salah Laku Kawasan 6 mensabitkan kesalahan terhadap Suthep Sukthong pada 15 Mei, namun Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Negara (NACC) hanya mengumumkan keputusan itu pada Selasa lalu.

NACC mendakwa Suthep dan seorang rakan, Wisut Puangchampee, bersubahat melakukan perbuatan itu pada 2021 dengan mendakwa mereka melanggar Kanun Jenayah dan Akta NACC atas 50 pertuduhan dengan menyeleweng dan diperuntukkan untuk menyediakan makan tengah hari kepada pelajar.

Kes terhadap Wisut diketepikan kerana dia sudah meninggal dunia.

NACC mengumumkan bahawa pihaknya memutuskan pada 1 Julai untuk tidak merayu terhadap

keputusan Pejabat Peguam Negara.

Suthep didakwa memperoleh peruntukan sebanyak 20 baht (kira-kira RM2.53) untuk setiap pelajar dalam menyediakan makan tengah hari kepada setiap pelajar, tetapi hanya membayar 14 baht (kira-kira RM1.77) kepada tukang masak kontrak untuk hidangan itu.

Disebabkan bajet terhad itu, kebanyakan pelajar diberi makan kepala ikan goreng atau bebola daging goreng untuk makan tengah hari.

Ada ketikanya, mereka dihidangkan makanan separuh masak yang tidak berkualiti, yang kadang-kadang didapati busuk.

Menurut NACC, mahkamah mendapati Suthep bersalah kerana melanggar undang-undang atas 50 pertuduhan.

Mahkamah pada mulanya menjatuhkan hukuman 50 tahun bagi setiap pertuduhan bersamaan 250 tahun penjara, tetapi mengurangkannya sebanyak satu pertiga selepas dia mengaku bersalah.

Bagaimanapun, memandangkan penjara maksimum yang dibenarkan oleh undang-undang adalah 50 tahun, Suthep dijatuhi hukuman itu dan diarah memulangkan 596,208 baht (kira-kira RM75,396) yang diselewengkan itu kepada Perbandaran Daerah Takli.
-hmetro 

Tiada ulasan: