"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Gaduh di pusat hiburan, 4 ditahan

Nurul Hidayah Bahaudin
nurul.hidayah@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Empat lelaki cedera dalam pergaduhan di sebuah pusat hiburan di Pudu, di sini, awal pagi tadi.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, pihaknya menerima laporan berhubung pergaduhan itu yang membabitkan sekumpulan lelaki jam 3.45 pagi tadi.

"Siasatan awal dilakukan menemui tiga kelongsong peluru dan dua peluru hidup di lokasi kejadian.

"Akibat pergaduhan itu, seramai empat lelaki tempatan berusia antara 29 hingga 40 tahun cedera dipercayai akibat senjata tajam," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, empat lelaki berkenaan mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Lumpur dan Hospital Ampang.

"Kesemua lelaki terbabit dibenarkan keluar dari hospital dan pihak polis sudah menahan mereka untuk membantu siasatan.

"Semua tangkapan itu akan dipohon reman esok untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan dan Seksyen 39 Akta Senjata Api 1960," katanya.

Beliau memberi amaran keras kepada orang ramai supaya tidak terbabit dengan sebarang kegiatan yang melanggari undang-undang.

"Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian jenayah di ibu kota ini boleh menghubungi Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau

mana-mana balai polis berhampiran," katanya.

Tiada ulasan: