"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Rombongan MB Pas ke Perancis hanya nak jumpa Duta Malaysia ke Perancis aje ke?

Tergelak besar rombongan MB Pas jumpa Duta Malaysia ke Perancis

Harapandaily

Tergelak besar warganet apabila rombongan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berjumpa Duta Besar Malaysia ke Perancis, Datuk Eldeen Husaini Mohd Hashim membincangkan tentang peluang perniagaan di negara tuan rumah Sukan Olimpik 2024 itu.

Pertemuan sempena jalan-jalan ke Perancis itu turut dikongsi Ahmad Samsuri yang juga Naib Presiden Pas di platform X.

“Terima kasih Datuk Eldeen Husaini Mohd Hashim, Duta Besar Malaysia ke Perancis dan para pegawai yang menyambut kami di Bangunan Kedutaan Besar Malaysia,” tulisnya.

Ahmad Samsuri berkata, perbincangan dua hala itu turut diadakan bersama Timbalan Ketua Perwakilan, Abdullah Ma’amor Ibrahim; Pegawai dari Pejabat Penasihat Pendidikan dan Latihan JPA, Mohd Nazim Annas; wakil Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE), Zuhaila Akmar Mohd Sedek; wakil Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), Nor Azila Wirda Mohd Din dan Pengarah Pelancongan Malaysia di Paris, Zalina Ahmad.

Rata-rata melontarkan komentar sinis dan mengakui terhibur dengan gelagat pemimpin Pas termasuk mempersoalkan mengapa tidak bertemu Menteri Perancis untuk hasil yang lebih berkesan.

Antaranya, pengguna Facebook Norhayati Berahim yang menyifatkan pertemuan seorang menteri besar dengan duta ibarat ziarah saudara mara.

“Ya Allah tergelak besau den membacanya.

“Pergi jumpa Duta Malaysia buat apa? Umpama kau ziarah saudaralah, suruh carikan kerja. Nak cari sendiri tak tahu.

“Mengapa tak melawat menteri Perancis ke, tanya fasal pelaburan. Ini pergi tengok Olimpik, kah?” tempelaknya.

Tiada ulasan: