"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pegawai penguat kuasa dicekup disyaki terima RM12,000 tutup kes rogol

FMT Reporters

PETALING JAYA: Pegawai penguat kuasa dicekup Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM12,000 untuk menutup satu kes rogol.

Menurut sumber, lelaki berusia lingkungan 40-an itu ditahan kira-kira 10 pagi tadi ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Pulau Pinang.

Suspek dipercayai melakukan kesalahan itu sekitar 2019 dan menerima rasuah daripada seorang individu sebagai balasan untuk menutup satu kes rogol, katanya menurut Bernama.

Sementara itu, Pengarah SPRM Pulau Pinang Mohd Fuad Bee Basrah mengesahkan penahanan itu dan lelaki terbabit akan dibawa ke mahkamah Perlis, esok untuk didakwa.

Beliau berkata, kes itu disiasat di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan.

Tiada ulasan: