"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Curi kepak ayam: Bekas kakitangan sekolah dijel 9 tahun

Agensi

Washington: Seorang bekas kakitangan sekolah di Amerika Syarikat (AS), baru-baru ini, dihukum penjara sembilan tahun kerana mencuri kepak ayam bernilai AS$1.5 juta (kira-kira RM6.7 juta).

The Straits Times melaporkan, Vera Liddell, yang bekerja sebagai pengarah perkhidmatan makanan untuk sebuah sekolah dekat Chicago, mencuri kepak ayam itu sejak Julai 2020 hingga Februari 2022.

Pendakwa raya berkata, antara Ogos dan November 2021 ketika kemuncak wabak Covid-19, lelaki berusia 68 tahun itu memesan lebih 11,000 kepak ayam daripada pembekal makanan sekolah dan mengambil pesanan itu dalam van, lapor New York Post.

Makanan itu sebahagian daripada skim makanan bawa pulang untuk pelajar di daerah itu yang mengikuti pembelajaran jarak jauh ketika pandemik Covid-19.

Bagaimanapun, pendakwa raya berkata, makanan itu tidak sampai ke tangan pelajar.

Dokumen mahkamah tidak menyatakan apa yang berlaku kepada makanan berkenaan.

Kecurian itu, yang digambarkan dalam dokumen mahkamah sebagai penipuan besar-besaran hanya terbongkar tahun lalu ketika audit pertengahan tahun.

Pendakwa raya berkata, pengurus perniagaan untuk daerah itu mendapati kos perkhidmatan makanan tahunan adalah AS$300,000 (kira-kira RM1.3 juta) melebihi bajet, walaupun ia hanya separuh tahun sesi persekolahan.

Penyiar ABC News melaporkan pengurus perniagaan mengesyaki ada yang tidak apabila Liddell membuat pesanan kepak ayam, kerana ia mengandungi tulang dan makanan itu tidak akan dihidangkan kepada pelajar.
-hmetro 

Tiada ulasan: