"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Wanita ditemui mati dengan kesan jerutan, suami dan 4 ahli keluarga ditahan untuk siasatan

FMT Reporters

Mayat suri rumah berusia 28 tahun itu ditemui ibu mentuanya di bilik tidur dalam kejadian di Indera Mahkota, Kuantan petang semalam.

PETALING JAYA: Seorang suri rumah yang sebelum ini dilaporkan hilang ditemukan mati dengan kesan jerutan pada lehernya dalam kejadian di Indera Mahkota, Kuantan petang semalam.

Ketua Polis Kuantan, Wan Mohd Zahari Wan Busu, berkata mayat wanita berusia 28 tahun itu ditemui ibu mentuanya kira-kira 7.30 petang.

Menurutnya, mangsa dipercayai tinggal di rumah itu bersama suami yang merupakan warga China, anak lelaki berusia tiga tahun dan adik ipar perempuannya.

“Pihak polis menerima laporan kehilangan mangsa oleh bapanya berusia 62 tahun (pengadu) kira-kira jam 3.25 petang pada Rabu.

Bapa mangsa yang bekerja sebagai peniaga mendakwa gagal menghubungi anak ketiganya itu selepas kali terakhir mereka berhubung melalui pesanan WhatsApp pada 8.30 pagi hari yang sama, katanya, menurut Sinar Harian.

Beliau berkata pengadu kemudiannya dihubungi suami mangsa pada 7.30 petang memaklumkan isterinya ditemui tidak sedarkan dalam bilik tidur dengan kesan jerutan pada leher.

Katanya, mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini untuk proses bedah siasat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, katanya.

Menurutnya, susulan kejadian itu, polis menahan empat ahli keluarga termasuk suaminya untuk siasatan lanjut.

Semua yang ditahan akan direman membantu siasatan, katanya.

Tiada ulasan: