"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Misteri kereta ‘hamil’ terungkai

KOSMO!
DUA buah kenderaan hamil di China. - Foto Jennifer Zeng/X
BEIJING – Suhu panas melampau yang kini melanda sebahagian China menjejaskan bukan sahaja manusia tetapi mesin apabila bonet kereta ‘membuncit’ seperti wanita sedang hamil, lapor portal berita Daily Tribune kelmarin.

Rakaman video menunjukkan bonet menggelembung itu tular di platform media sosial dengan sesetengah netizen menamakan kenderaan tersebut sebagai ‘kereta hamil’.

Sebilangan pengguna lain di platform X mendakwa bahawa kesan sedemikian hanya kelihatan pada kenderaan buatan tempatan.

“Bukan gurauan! Kereta buatan China ‘hamil’ apabila terlalu panas,” kata wartawan tempatan, Jennifer Zeng di platform X.

Klip video tersebut turut memaparkan sebilangan kereta lain yang diletakkan di tengah panas di tempat terbuka.

Menurutnya, ada beberapa kenderaan termasuk buatan negara asing yang mengalami masalah serupa.

Masalah itu berlaku apabila gas dan udara pada pelekat yang melindungi cat dan menyeliputi badan kenderaan, terperangkap lalu mengembang. – AGENSI

Tiada ulasan: