"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

MB Perlis ‘diarah’ letak jawatan?

Dakwaan MB Perlis ‘diarah’ letak jawatan, ini reaksi Mohd Syukri

Harapandaily

Mungkin rimas dengan dakwaan ‘diarahkan’ untuk letak jawatan, Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli menjelaskan situasi sebenar.

Pesuruhjaya Pas Perlis merangkap Pengerusi PN Perlis berkata, beliau masih Menteri Besar Perlis dan menjalankan tugasnya seperti biasa.

Beliau enggan melayan sebarang isu yang hanya bersumberkan media sosial seperti laman X.

“Saya tidak mahu layan isu yang bersumberkan Twitter (kini X) sahaja.

“Saya masih memegang amanah sebagai Menteri Besar dan melaksanakan tugas seperti biasa,” katanya ringkas, lapor Bernama malam ini.

Mohd. Shukri, 68, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Sanglang sebelum ini merupakan seorang guru dari tahun 1985 hingga 2013.

Sejak Mei lalu, wujud desakan supaya Mohd Syukri meletak jawatan susulan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan salah guna kuasa.

Beliau ditahan oleh SPRM Putrajaya selama sembilan jam untuk diambil keterangan pada 30 April lalu.

Tiada ulasan: