"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

2 geng Yakuza ditangkap kerat lelaki berhutang RM1 juta

KOSMO!
Kedua-dua suspek dibawa ke lokasi kejadian bagi melakonkan pembunuhan. - KhaoSod
BANGKOK – Dua ahli geng Yakuza diberkas selepas disyaki membunuh dan mengerat mayat seorang lelaki warga Jepun akibat pertikaian mengenai hutang berjumlah 8 juta baht (RM1 juta), lapor laman berita Thaiger semalam.

Polis menemui mayat manga, Kaba Shima Ryosuke, 47, di Nonthaburi pada 19 April lalu.

Selepas siasatan menyeluruh, polis mengenal pasti tiga suspek dengan dua daripada mereka ialah warganegara Jepun yang juga merupakan ahli geng Yakuza.

Kedua-dua suspek dibawa ke lokasi kejadian semalam bagi melakonkan semula detik pembunuhan yang  berlaku.

Berdasarkan lakonan mereka, salah seorang suspek pada awalnya bertengkar dengan mangsa di dalam sebuah gudang sebelum dia menembak lelaki tersebut di dalam kereta di luar bangunan.

Mayat mangsa diheret masuk ke dalam gudang itu keesokan harinya, sebelum suspek mengerat badannya di dalam bilik air.

Bahagian kedua lakonan semula kemudian menggambarkan pelupusan tengkorak mangsa di sebuah taman terbiar di hujung Soi Phuyai Liam.

Ketua Polis Bang Bua Thong, Kolonel Polis Prut Jamroonsart menyatakan bahawa suspek bekerjasama dengan polis, dengan seorang daripadanya mengaku sepenuhnya. Seorang lagi bagaimanapun menafikan beberapa pertuduhan.

Motif pembunuhan adalah hutang mangsa sebanyak 8 juta baht atas ‘kerja’ yang tidak diselesaikan. Jenis pekerjaan itu bagaimanapun masih belum didedahkan oleh suspek.

Kedua-dua suspek dibawa ke Balai Polis Bang Bua Thong untuk ditahan reman dan hadir di Mahkamah Wilayah Nonthaburi semalam. – AGENSI

Tiada ulasan: