"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Suspek bunuh cikgu rupanya kenalan sama belajar di universiti

Harapandaily

Seorang lelaki yang merupakan kenalan ketika sama-sama belajar di universiti, disyaki mendalangi pembunuhan guru, Istiqomah Ahmad Rozi.

Suspek terbabit juga rupanya bekas guru sebelum berhenti menjadi pedagang mata wang asing (Forex).

Dia dipercayai mempunyai urusan berkaitan pelaburan Forex dengan Istiqomah yang bertugas di Sekolah Kota Masai 3 dekat Pasir Gudang, Johor.

Mayat Istiqomah ditemui tanpa kepala dalam tong sampah di longkang tepi Jalan Alor-Gajah-Tampin berhampiran Kampung Rimau, Pulau Sebang di sini pada 31 Disember lalu.

Ibu kepada tiga cahaya mata itu dilaporkan hilang sejak 26 Disember 2023.

Esoknya kira-kira 2 petang, kereta milik mangsa dijumpai di kawasan pasar raya Lotus Kota Masai, Pasir Gudang.

Mayat tidak lengkap anggota badan termasuk kedua-dua tangan dan kaki pula ditemui orang awam pada 31 Disember 2023.

Siasatan polis yang berterusan sejak penemuan tanpa kepala pada 31 Disember lalu kemudian membawa kepada penahanan sepasang suami isteri di Chemor, Perak.

Menurut Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Ashari Abu Samah, penemuan itu hasil siasatan dan ujian deoxyribonucleic asid (DNA) yang dijalankan Bahagian Data Bank/DNA (D13), Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman, ke atas ibu mangsa.

“Hasil ujian yang dijalankan pada 2 Ogos lalu, mendapati DNA wanita terbabit adalah sepadan dengan sampel diambil daripada mayat tidak lengkap dan tanpa identiti itu,” katanya, memetik BH.

Ashari berkata, suspek lelaki adalah kenalan mangsa dan mereka turut berhubung berkaitan pelaburan mata wang Forex.

“Reman ke atas suspek lelaki disambung selama tujuh hari lagi bermula hari ini hingga 18 Ogos bagi melengkapkan siasatan manakala isterinya dibebaskan dengan jaminan polis selepas didapati tiada kaitan dengan kes.

“Polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana kesalahan membunuh,” katanya.

Dalam masa sama, beliau memaklumkan orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kes tersebut boleh menyalurkannya ke BSJ IPD Alor Gajah menerusi talian 06-5562222 atau menghubungi pegawai penyiasat kes, Asisten Superintendan Norehan Omar di talian 010-4064003.

Tiada ulasan: