"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kapten kapal selam nuklear dipecat buat rakaman tidak senonoh

KOSMO

LONDON  – Seorang kapten kapal selam tentera Britain dipecat daripada jawatannya selepas didapati menghasilkan video tidak senonoh semasa mengendalikan peluru berpandu nuklear, lapor akhbar The Sun UK semalam.

Pegawai itu dikeluarkan daripada pasukan Tentera Laut Diraja Britain selepas pegawai tertinggi melihat rakaman tersebut.

Dia dikatakan berkongsikan video tidak senonoh itu dengan seorang kelasi muda yang berkhidmat di atas kapal selam sama.

Ketua-ketua tentera laut menuduh kapten tersebut turut berkongsi gambar swafoto yang dinilai sebagai tidak senonoh.

Dia mengetuai kapal selam nuklear kelas Vanguard yang membawa peluru berpandu nuklear  Trident Two doomsday.

Pegawai berkenaan yang pernah bertemu dengan Puteri Anne dan mengetuai misi rahsia,  dipindahkan ke tugasan pejabat apabila rakaman dan gambar terbabit didedahkan.

Dia kemudian digantung tugas  sebelum dipecat tidak lama selepas itu di bawah ‘dasar toleransi sifar’ terhadap tingkah laku seksual yang tidak boleh diterima. – AGENSI

Tiada ulasan: