"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Bot hanyut 8 hari, 30 pendatang Indonesia ditahan

FMT Reporters
Ketua Polis Manjung Mohamed Nordin Abdullah, berkata bot kayu jenis pom-pom hanyut lapan hari selepas bergerak di sekitar Sabak Bernam, Selangor, sebelum ditemukan di perairan Manjung. (Gambar PDRM)
PETALING JAYA: Polis menahan sebuah bot hanyut bersama 30 pendatang tanpa izin warga Indonesia, kira-kira 9.8 batu nautika dari Tanjung Hantu Segari di perairan Manjung.

Ketua Polis Manjung Mohamed Nordin Abdullah, berkata pihaknya menerima maklumat daripada Polis Marin yang menahan sebuah bot kayu jenis pom-pom, kira-kira 8.34 malam semalam.

Setelah menahan bot itu, pihak Polis Marin membuat pemeriksaan dan menahan seorang tekong bot dan 29 individu termasuk lima wanita warga Indonesia kerana disyaki masuk ke negara ini tanpa pas perjalanan yang sah, katanya menurut Bernama.

Beliau berkata, hasil siasatan awal mendapati semua warga asing itu dipercayai berkumpul di sekitar Sabak Bernam, Selangor sebelum menaiki bot berkenaan pada 3 Ogos.

Menurut Nordin, bot itu mengalami kerosakan menyebabkannya hanyut kira-kira lapan hari sebelum dikesan Polis Marin.

Kes disiasat di bawah Seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (Atipsom) 2007 dan Seksyen (6)(1)(c) Akta Imigresen 1959.

Tiada ulasan: