"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Paderi ditahan disyaki amang seksual remaja 13 tahun

FMT Reporters

PETALING JAYA: Seorang paderi ditahan kerana dipercayai melakukan amang seksual terhadap seorang remaja berusia 13 tahun di sebuah gereja dekat Puchong.

Ketua Polis Subang Jaya Wan Azlan Wan Mamat berkata, suspek berusia 27 tahun itu ditahan di sebuah restoran di Puchong semalam selepas aduan diterima daripada mangsa kelmarin.

Tambahnya, suspek akan direman bagi tujuan siasatan.

Pengadu menyatakan pada Jun hingga Julai (dia) telah diganggu secara seksual fizikal oleh suspek di dalam bilik tidur di sebuah gereja terletak di Bandar Bukit Puchong, kata Wan Azlan dalam kenyataan.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Tiada ulasan: