"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Lahanat, Lindungi premis pelacuran: Timbalan Pengarah bersama lima penguat kuasa PBT didakwa terima rasuah esok

Safeek Affendy Razali
safeek@bh.com.my

KUALA LUMPUR: Timbalan pengarah bersama lima pegawai penguat kuasa sebuah pihak berkuasa tempatan (PBT) yang ditahan kerana disyaki melindungi premis-premis pelacuran dan premis perniagaan menggunakan 'lesen ali baba' di ibu kota ini, akan dihadapkan ke mahkamah esok.

Sumber berkata, pegawai kanan berkenaan bersama seorang pegawai bawahannya akan didakwa di Mahkamah Shah Alam, Selangor, atas tiga pertuduhan meminta dan menerima wang rasuah daripada premis pelacuran di ibu negara.

Empat lagi penguat kuasa PBT sama akan didakwa di Mahkamah Kuala Lumpur, masing-masing atas satu pertuduhan menerima rasuah bagi melindungi premis-premis perniagaan yang beroperasi menggunakan 'lesen ali baba' di ibu negara.

"Pegawai kanan PBT berkenaan akan didakwa atas tiga pertuduhan kerana meminta dan menerima rasuah berjumlah kira-kira RM130,000, manakala seorang pegawai bawahannya akan dituduh atas satu pertuduhan meminta wang rasuah daripada premis-premis pelacuran.

"Sementara empat penguat kuasa terbabit pula didakwa kerana menerima wang rasuah antara RM200 hingga RM800 daripada premis yang menggunakan lesen ali baba bagi melindungi mereka daripada dikenakan tindakan penguatkuasaan," katanya.

Pada awal Jun lalu, BH melaporkan bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kuala Lumpur, telah menahan tiga penjawat awam termasuk seorang Timbalan Pengarah dalam satu operasi khas kerana dipercayai menerima rasuah secara bulanan daripada premis urut dan pelacuran di ibu kota.

Manakala bulan lalu, SPRM Kuala Lumpur telah menahan lapan penguat kuasa PBT kerana dipercayai menerima rasuah daripada premis-premis perniagaan yang beroperasi tanpa lesen yang sah serta menggunakan lesen ali baba.

Tiada ulasan: