"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pegawai penguat kuasa minta rasuah RM120,000 ditahan

Juwan Riduan
am@hmetro.com.my

KOTA KINABALU: Seorang pegawai penguat kuasa sebuah jabatan ditahan kerana disyaki menerima rasuah kira-kira RM120,000 bagi melindungi aktiviti penyeludupan rokok dan melepaskan barang penyeludupan.

Suspek lelaki berusia lingkungan 30-an ditahan dalam satu operasi yang dijalankan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah di Pekan Keningau, jam 4 petang tadi.

Menurut sumber, suspek dipercayai melakukan perbuatan berkenaan baru-baru ini.

"Suspek disyaki meminta rasuah kira-kira RM120,000 bagi melindungi aktiviti penyeludupan rokok di sekitar Keningau.

"Suspek turut melepaskan lori serta barang penyeludupan yang ditahan oleh jabatan itu," katanya.

Pengarah SPRM Sabah, Datuk S Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan tangkapan berkenaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

"Suspek akan dibawa ke Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu, esok bagi mendapatkan permohonan reman.

"SPRM tidak menolak kemungkinan beberapa tangkapan susulan mengenai kes ini akan dibuat," katanya.

Tiada ulasan: