"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Waduhh!! Pensyarah pun kena scam

Pensyarah rugi RM331,000 ditipu sindiket menyamar 'pegawai PADU, polis berpangkat Datuk'
 
Izz Laily Hussein
bhnews@bh.com.my

JOHOR BAHRU: Akibat panik didakwa terbabit aktiviti pengubahan wang haram, seorang pensyarah wanita mendakwa kerugian RM331,000 selepas ditipu sindiket 'phone scam' yang menyamar sebagai 'pegawai Pangkalan Data Utama (PADU) dan polis berpangkat Datuk'.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat, berkata pihaknya menerima laporan dibuat mangsa warga tempatan berumur 49 tahun itu, semalam, berhubung kejadian berkenaan.

Beliau berkata, wanita itu mendakwa menerima panggilan pada 9 Mei lalu daripada seorang individu menyamar sebagai pegawai PADU yang memaklumkan bahawa mangsa mendapat bantuan daripada PADU berjumlah RM1,200.

"Mangsa mendakwa bahawa dia kemudian menerima panggilan pada 17 Mei lalu daripada seorang lelaki menyamar sebagai pegawai di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak yang menuduhnya terbabit pengubahan wang haram.

"Mangsa dikata menafikan perkara itu sebelum menerima lagi panggilan pada 13 Julai lalu daripada individu menyamar sebagai pegawai berpangkat Datuk dari IPK Perak pula dan mengarahkannya membuat pemindahan wang kononnya bagi tujuan keselamatan sementara siasatan dijalankan," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Susulan itu, Raub berkata, mangsa dikatakan membuat 13 kali transaksi pembayaran ke beberapa akaun bank tempatan membabitkan jumlah RM331,000.

Selepas itu, beliau berkata, mangsa mendakwa cuba menghubungi suspek tetapi taliannya telah disekat, justeru mengesyaki dirinya telah ditipu.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan," katanya sambil menasihati mereka yang menjadi mangsa penipuan scam supaya hubungi National Scam Response Centre (NSRC) melalui talian 997 dengan segera sebagai tindakan awal untuk menyekat pengaliran wang keluar dari akaun suspek.

Tiada ulasan: