"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

‘Televisyen, peti ais semua hanyut dipukul ombak’

MUHAMMAD ZIKRI
TALIB bersama isterinya, Yulis serta anak, Farid Ramadhani melihat tapak rumah mereka yang roboh dibadai ombak besar di Kampung Pontian Besar, Pontian, malam Selasa lalu.
PONTIAN – Sebuah keluarga nelayan tinggal sehelai sepinggang apabila rumah yang didiami mereka tiga sekeluarga roboh menyembah bumi akibat dipukul ombak setinggi 3.4 meter dalam kejadian hujan dan ribut di Kampung Pontian Besar di sini, malam Selasa lalu.

Dalam kejadian pada kira-kira pukul 9 malam, Talib Akbar, 56, sempat keluar menyelamatkan diri apabila mendapati angin ribut sedang menggoncang rumah atas air yang didiami sejak 14 tahun yang lalu.

Menurut Talib, isterinya, Yulis Haryanti, 40, dan anak mereka, Farid Ramadhani, 7, tiada di rumah ketika kejadian kerana melawat emak saudaranya yang sakit yang tinggal tidak berapa jauh dari kediaman mereka.

“Ombak betul-betul tinggi melebihi paras pokok kelapa yang ada berhampiran dan tidak pernah berlaku sebelum ini menyebabkan saya merasa cukup takut dan keluar terus dari rumah.

“Bukan sahaja ombak, dalam masa sama berlaku air pasang setinggi paras lutut menyebabkan semua barangan dan peralatan elektrik seperti televisyen, peti ais dan sebagainya dihanyutkan air,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Talib berkata, hanya buku teks anaknya berjaya diselamatkan, manakala pakaian sekolah dan kelengkapan lain turut dihanyutkan termasuk pakaian dan dokumen penting miliknya.

“Selama 14 tahun tinggal di sini, ini kali pertama saya melihat ombak setinggi 3.4 berbanding 1.5 meter hingga 2. 8 meter sebelum ini,” ujarnya.-KOSMO! ONLINE

Tiada ulasan: