"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Ada anak ahli GISB selit gambar 'Abuya' dalam al-Quran untuk minta doa, bawa ke sekolah

Harian Metro
am@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Gambar 'Abuya' diselit di dalam naskah al-Quran dipercayai bagi meminta doa kepada pemimpin terbabit.

Difahamkan, ia ditemui pada kitab suci itu yang dibawa anak kepada ahli Global Ikhwan Services and Business Holdings (GISBH) yang mengikuti sesi persekolahan di sebuah sekolah kebangsaan di Bandar Country Homes, Rawang, Selangor.

Sumber berkata, penemuan itu didedahkan guru kanak-kanak terbabit yang tampil membuat laporan polis pada awal bulan ini.

"Ada dalam kalangan anak kepada ahli GISBH masih membawa naskah al-Quran yang diselitkan gambar Abuya untuk mereka sentiasa meminta doa kepadanya.

"Guru yang mengetahui perkara itu kemudian memaklumkan kepada pengurusan sekolah serta Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) untuk tindakan lanjut," katanya.

Terdahulu, Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata, Pengerusi yang juga Ketua Pegawai Eksekutif GISBH antara 19 individu yang ditahan menerusi Op Global, awal pagi ini.

Beliau dilaporkan berkata, serbuan dilakukan serentak di empat kediaman di apartmen servis di Bukit Bintang, jam 5.40 pagi.

Penahanan itu menjadikan keseluruhan 24 individu, termasuk tiga anak pemimpin terbabit ditahan, dengan dua daripadanya ditahan ketika cuba keluar dari negara ini di Bukit Kayu Hitam, Kedah, semalam.

Hasil penahanan itu, polis turut merampas penyangkut baju yang disyaki digunakan untuk merotan kanak-kanak di bawah jagaan GISBH.

Tiada ulasan: