Agensi
WANITA terbabit (tengah). FOTO The Nation
Bangkok: Seorang wanita berusia 64 tahun diselamatkan daripada ular sawa yang membelitnya selama dua jam, di sebuah bilik di rumahnya di Samut Prakan, Thailand, malam Selasa lalu.
The Nation melaporkan, sebaik menerima maklumat kejadian, pegawai polis dari Balai Polis Phra Samut Chedi dan penyelamat Yayasan Poh Teck Tung bergegas ke lokasi.
Sejurus tiba, anggota penyelamat terus memecahkan pintu sebuah bilik di rumah itu sebelum menemukan seekor ular sawa berukuran lebih empat meter, membelit wanita berkenaan.
Kakitangan menggunakan peralatan khas dan mengambil masa lebih 30 minit untuk membebaskan mangsa daripada reptilia berkenaan.
Mereka kemudian memberikan pertolongan cemas kepada wanita itu sebelum menghantarnya ke hospital berdekatan untuk rawatan lanjut.
Menurut laporan The Nation, ular itu turut menggigit paha mangsa.
Wanita itu juga keletihan kerana dibelit ular itu untuk tempoh yang lama.
Menurut mangsa, dia tinggal di biliknya seorang diri sejak suaminya meninggal dunia pada November tahun lalu.
Menurutnya, dia digigit ular sawa itu kira-kira 8.30 malam ketika mencuci peralatan dapur di belakang biliknya.
Wanita itu mendakwa ular itu kemudian membelit dirinya sehingga dia terjatuh.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan