"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Suami tangkap pegawai tadbir curang dengan rakan sekerja

KOSMO!

JAKARTA  – Seorang wanita yang menjadi pegawai pentadbiran pemerintah dipecat kerana menjalin hubungan sulit dengan rakan sekerjanya di bandar Mojokerto, wilayah Jawa Timur, lapor portal berita Radar Mojokerto semalam.  

Ketua Badan Pegawai dan Pengembangan Sumber Daya Manusia (BKPSDM) Mojokerto, Tatang Marhaendrata berkata, tindakan menjalin hubungan sulit itu melanggar integriti pegawai kerajaan.

Tatang menegaskan dalam satu  sidang akhbar bahawa susulan pemecatan itu, pegawai yang dikenali sebagai RP itu tidak akan mendapat wang pencen.

Alasannya ialah pada kebiasaannya, pegawai kerajaan akan menerima  pencen jika mereka bekerja selama 20 tahun atau mencapai usia 50 tahun. 

Pegawai itu pula cuma bekerja kurang daripada empat tahun dan hanya memegang jawatan tersebut pada Disember 2020.

Namun, ibu kepada dua anak itu masih boleh mendapat wang daripada Tabungan Hari Tua. 

Hubungan sulit itu terbongkar pada Julai lalu apabila si suami menyerbu dan mendapati isterinya sedang berbogel dengan seorang lelaki di dalam sebuah bilik tidur. – AGENSI

 

Tiada ulasan: